Refleksi Minggu ke-3
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Fariza, pensyarah GE1155 dan Cik Mazalah Ahmad iaitu tutor yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan pada minggu pertama kelas GE1155 Komputer Dalam Pendidikan. Pada minggu kedua kelas Komputer Dalam Pendidikan, saya dan rakan-rakan diminta untuk membuka satu akaun 'Weebly".
Pada awalnya, saya agak serabut dan masih tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Secara jujurnya, saya tidak minat dan tidak pernah terfikir untuk membuat blog sendiri. Cik Mazalah lah yang banyak membantu dan memberi tutorial kepada saya dan rakan-rakan untuk membuat akaun "Weebly" langkah demi langkah sehingga akhirnya wujudnya blog leezafarhana09@weebly.com :) <3
Kewujudan blog ini umpama satu kejayaan yang besar bagi saya kerana saya tidak pernah terfikir pun untuk membuatnya.. Saya juga turut membuat "pages" tentang refleksi saya, biodata tentang diri saya serta tugasan yang telah diberikan di dalam blog ini. Inilah pengalaman yang telah saya lalui semasa membuat blog ini.
Pada mulanya, proses untuk membuat blog di "Weebly" ini agak rumit. Namun setelah selesai membuat tugasan ini, saya mendapati bahawa proses pembuatan blog adalah 1 pengalaman baru yang berguna dan mempunyai banyak input yang boleh saya gunakan untuk kerjaya saya pada masa hadapan. Selain itu, "Weebly" juga merupakan salah satu laman dimana kita boleh berkongsi maklumat dan pendapat.
Harapan saya, pada minggu-minggu yang akan datang agar lebih banyak lagi ilmu yang akan saya perolehi tentang komputer dan IT. Kerana pada era globalisasi ini, ICT merupakan antara elemen penting yang perlu diketahui dan dipelajari oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya sebagai seorang pelajar dan bakal guru kerana kini maklumat berada pada hujung jari. Saya berharap agar kelas GE1155 ini dapat membantu saya agar lebih cekap untuk menggunakan perisian di dalam komputer dan boleh mengaplikasikannya untuk kegunaan saya pada masa hadapan. Sekali lagi terima kasih. :)

Refleksi Minggu 4
Assalamualaikum.. Pada minggu ini, kami diajar dan diberi tugasan tentang Learning Management System (LMS) dan Content Management System (CMS). Banyak perkara baru yang saya pelajari tentang LMS dan CMS,. LMS merupakan Learning Management System yang membantu dalam pelajaran dan pembelajaran terutamanya dalam kelas di sekolah. Sebagai contoh, LMS digunakan untuk menyampaikan kerja kursus antara guru dan pelajar. Selain itu, LMS juga meringankan lagi beban guru dalam tujuan pembelajaran di sekolah. LMS tidak memerlukan capaian internet. Berlainan pula dengan CMS. Content Management System (CMS) memerlukan capaian internet. CMS melatih pelajar untuk menggunakan internet dengan lebih cekap. Sebagai contoh, CMS digunakan untuk menjawab forum, mengemaskini kaman web untuk pelajaran, komunikasi mahupun peribadi. Harapan saya agar LMS dan CMS akan memudahkan lagi pembelajaran saya sebagai seorang pelajar universiti dan dapat membantu dalam profesion saya pada masa hadapan. Sekian. Terima Kasih :)
Refleksi Minggu 5
Pada minggu ke 5 ini , kami diberikan tugasan oleh Cik Mazalah iaitu untuk mencari artikel atau jurnal dyanengan menggunakan Google Scholar serta Website Perpustakaan Tun Sri Lanang ( PTSL ) . Sewaktu sesi pembelajaran hendak bermula , Cik Mazalah memanggil ketua bagi setiap kumpulan untuk mencabut undi bagi menentukan tajuk apa yang akan dibincangkan . Ketua kumpulan saya telah mendapat tajuk keselamatan internet dan computer ( Internet and Computer Security ) . Saya rasa agak gembira kerana tajuk itu ada berkaitan dengan tajuk ICT yang saya pernah pelajari semasa di matrikulasi dahulu . Maka , saya pasti kumpulan kami pasti dengan mudah dan tepat dapat mencari artikel serta bahan mengenai tajuk tersebut . Selepas itu , kami memulakan pencarian di Google Scholar dan di website PTSL . Memang bermacam-macam artikel yang keluar . Cik Mazalah meminta kami membaca artikel berkenaan dan menyalin mana-mana artikel atau jurnal yang berkaitan sebagai rujukan semasa . Kami telah memperoleh lebih kurang 3 artikel yang berkaitan dan mencatat isi penting dalam kandungan artikel berkenaan . Seterusnya , Cik Mazalah meminta kami menyediakan 3 buah soalan yang berkaitan dengan tajuk kumpulan masing-masing . Bagi kumpulan saya , kami perlu membuat 3 soalan berkaitan Internet and Computer Security . Kumpulan kami mempunyai 3 orang ahli kumpulan , makanya setiap ahli perlu membina satu soalan yang dapat menguji minda penjawabnya . Dalam masa lebih kurang 15 minit , kami telah dapat menyiapkan 3 soalan tersebut . Kemudian kami menunjukkan soalan kami kepada Cik Mazalah untuk kepastian dan Cik Mazalah menyatakan soalan kami sudah valid dengan tajuk yang diberikan . Jadi , beliau menyuruh kami untuk mengepost soalan-soalan itu di Forum GE1155 Weebly . Setiap ahli perlu mengepost soalan masing-masing dan memberi jawapan atau pandangan mengenai sesuatu soalan itu . Dari situ akan wujudlah satu suasana yang akan dipanggil sebagai " Online Discussion " . Aktiviti sebigini dapat mengelakkan pelajar daripada menjadi ahli yang pasif serta banyak mendiamkan diri . Melalui forum ini , kita dapat mengutarakan soalan , pendapat , kesimpulan dan sebagainya . Akhir sekali , kami diminta untuk mencipta folder baru yang diberi nama " Tugasan 3 " didalam GOOGLE DRIVE . Kami perlu memuat turun artikel yang berkaitan ke dalam folder berkenaan . Itu sahaja perkongsian untuk minggu ini , terima kasih :)
Refleksi Minggu 6
Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
Pada minggu ini, saya tidak dapat memasuki kelas atas beberapa sebab tertentu. Apa yang saya tahu adalah pada minggu ini, kelas tutorial GE1155 bersama Cik Mazalah membincangkan tentang CASPER. Saya kurang berpengetahuan tentang topik ini. Namun atas bantuan Google, apa yang saya faham tentang CASPER ialah teknik pembinaaan persembahan elektronik power point yang melibatkan aspek-aspek berikut. (Contrast [Perbezaan yang ketara]) (Alignment [Susunan lurus]) (Simplicity [Mudah]) (Proximity [Berhampiran]) (Emphasis [Penekanan]) dan (Repitition [Pengulangan]). Setelah membaca sedikit tentang info ini, saya mengetahui bahawa ciri-ciri tayangan slaid powerpoint yang berkesan adalah yang memenuhi kehendak CASPER. Oleh itu, Cik Mazalah mengarahkan saya dan ahli kumpulan saya untuk membuat tayangan slaid tentang 'Keselamatan Komputer dan Internet' menggunakan Google Presentation. Kumpulan kami telah selesai membuat tayangan slaid dan akan membentang dalam kelas GE1155 pada minggu hadapan.

Refleksi Minggu 7
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada minggu ini, Cik Mazalah telah memberi tugasan kepada kami untuk membuat sedikit Research dan kumpulan kami telah mendapat tajuk "Etika penggunaan ICT dalam kalangan pelajar IPT". Cik Mazalah memberikan kami tugasan untuk membuat kertas kerja dan soalan-soalan yang akan digunakan untuk soal selidik. Selain itu, terdapat 2 kumpulan yang membuat pembentangan iaitu kumpulan 1 yang membentangkan tentang Prinsip Casper. Ahli-ahli kumpulan ini ialah Syahirah dedy, Nur Fatin Atilia dan Fadhilah Yahya. Kumpulan ke 2 yang membentang tentang LMS dan CMS. Kumpulan ini dianggotai oleh Rahidah Mahirah dan Nur Farra Ezwa. Pembentangan pada minggu ini telah memberikan input baru kepada saya tentang maklumat yang berkaitan dengan Komputer dalam Pendidikan. Sekian, ini sahaja refleksi saya pada hari ini.

Refleksi Minggu 8
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada minggu ini, terdapat 2 kumpulan yang membuat pembentangan iaitu kumpulan 3 yang membentangkan tentang Kemahiran abad 21 . Ahli-ahli kumpulan ini ialah Siti Aisyah Bukhari, Noor Azierah dan Athirah Izzah. Kumpulan ke 4 yang membentang tentang Pembelajaran tentang teknologi maklumat dan komunikasi. Kumpulan ini dianggotai oleh Diani Amira Hamzah, Umi Kalsom dan Stefaney Aming. Pembentangan pada minggu ini telah memberikan input baru kepada saya tentang maklumat yang berkaitan dengan Komputer dalam Pendidikan. Sekian, ini sahaja refleksi saya pada hari ini.
Selain itu, kelas pada minggu ini turut membincangkan tentang cara membuat soal selidik menggunakan 'Google Form'.

Refleksi Minggu 9
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada minggu ini, kumpulan saya iaitu kumpulan 6 telah membuat pembentangan tentang 'Keselamatan Internet dan Komputer". Ahli-ahli kumpulan saya ialah saya, Siti Nasuha dan Suzy Thomas. Cik Mazalah berpuas hati dengan pembentangan kami. Selain itu, kumpulan 5 juga turut membuat pembentangan tentang kemahiran berfikir dalam ICT. Pembentangan pada minggu ini telah memberikan input baru kepada saya tentang maklumat yang berkaitan dengan Komputer dalam Pendidikan. Cik Mazalah juga turut menyemak dan membenarkan kami untuk mengedarkan soal selidik kami tentang Etika penggunaan komputer dalam kalangan pelajar IPT melalui 'Google Form'
Sekian, ini sahaja refleksi saya pada hari ini.

Releksi Minggu 10
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada minggu ini, terdapat 2 kumpulan yang membuat pembentangan iaitu kumpulan 7 yang membentangkan tentang Perisian asal dan berlesen. Ahli-ahli kumpulan ini ialah Nur Ezyan Aznie bersama Siti Maliati. Kumpulan ke 8 yang membentang tentang 'Open Source Software' Kumpulan ini dianggotai oleh Siti Nurbayah, Lovenia Ornesa dan Fadilah Yambu. Pembentangan pada minggu ini telah memberikan input baru kepada saya tentang maklumat yang berkaitan dengan Komputer dalam Pendidikan. Sekian, ini sahaja refleksi saya pada hari ini.

Refleksi Minggu 11
Assalamualaikum..
Pada minggu ini, terdapat 2 kumpulan yang membuat pembentangan iaitu kumpulan 5 yang membentangkan tentang E-learning dan Mobile-Learning. Ahli-ahli kumpulan ini ialah Roosaimah Binti Abdullah, Nurul Nabilah Binti Abdul Wahab bersama Anis Ilyani Binti Muhammed. Kumpulan saya iaitu kumpulan 6 merupakan penilai untuk kumpulan ini. Kumpulan ke 10 yang membentang tentang 'Web 2.0' Kumpulan ini dianggotai oleh Hasliza Mustapha, Nurul Huda Ghazali dan Fatiha Kamaluddin. Pembentangan pada minggu ini telah memberikan input baru kepada saya tentang maklumat yang berkaitan dengan Komputer dalam Pendidikan. Sekian, ini sahaja refleksi saya pada hari ini.

Refleksi Minggu 12
Assalamualaikum..
Pada minggu ini, kumpulan yang membuat pembentangan iaitu kumpulan 2 yang membentangkan tentang E-learning dan Mobile-Learning. Ahli-ahli kumpulan ini ialah Abdullah Mu'izz Bin Nasron, Mohammed Syarifudin bin Yusof dan Mohd NurNizam bin Suhaimi. Pembentangan pada minggu ini telah memberikan input baru kepada saya tentang maklumat yang berkaitan dengan Komputer dalam Pendidikan. Selain itu, Cik Mazalah juga meminta kami untuk membincangkan idea-idea 'Storyboard' dengan ahli kumpulan masing-masing sebagai tugasan 6. Sekian, ini sahaja refleksi saya pada hari ini.

Refleksi Minggu 13
Assalamualaikum..
Pada minggu ini, Cik Mazalah memberikan tugasan kepada kami untuk membuat graf dan data melalui Microsoft Excel. Pelbagai pengetahuan baru yang saya perolehi melalui pembelajaran ini iaitu pembelajaran tentang Min, Sum dan sebagainya. Rupa-rupanya terdapat lagi banyak benda yang saya belum ketahui tentang komputer. Selain itu, Cik Mazalah juga meminta kami untuk membuat video berdasarkan story board yang telah dibincangkan :) Sekian, ini sahaja refleksi saya pada hari ini.

Refleksi Minggu 14
Assalamualaikum..
Pada minggu ini, Cik Mazalah memberikan memberi penerangan kepada kami tentang perkara-perkara yang perlu ada dalam akaun weebly kami masing-masing sebelum disemak. Selain itu, Cik Mazalah turut mengedarkan borang soal selidik untuk diisi.